ULSER MULUT
Apa itu Ulser Mulut Ulser Mulut adalah luka di dalam kawasan lembut di dalam mulut. Ulser boleh dilihat dimana ianya adalah tompokan warna putih atau kekuningan. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali,ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan,2 hingga 5 tompok. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi. Simpton-Simpton Apabila Ulser terjadi, ianya akan menyebabkan sakit apabila hendak minum atau makan (bagi bayi atau kanak-kanak yang menyusu ianya tidak dapat menyusu) dan kekadang rasa malas untuk bertutur. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. Mengapa Ulser Mulut Boleh Terjadi? Jangkitan bakteria, virus atau fungus. Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik. Pengam...