KEPERLUAN DHA

Adakah kita tahu apa itu DHA
DHA atau nama penuhnya asid dokosaheksaenoik mana ianya penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dalam rahim ibu. DHA ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan.

Bila Perlunya DHA
Bayi memerlukan DHA sejak dari rahim ibu lagi. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantung kepada jumlah DHA yang diambil ibunya.Tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam kebanyakan vitamin pra-lahir yang mereka ambil.

Manfaat Kepada Bayi dan Kanak-kanak
Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka.
Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu (susu ibu), dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi. Kajian menunjukkan pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung akan memberi keberhasilan yang lebih baik terhadap perkembangan bayi, dari segi :
* Penyelarasan mata dengan tangan
* Kemahiran gerakan bermotor
* Jangka tumpuan yang lebih panjang
* Markah IQ yang lebih tinggi

Dos Yang Disyorkan
Pakar dari National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ISSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300mg DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu. Terdapat banyak formula susu untuk pra lahir dan untuk bayi yang mengandungi DHA, tetapi parasnya selalunya rendah. Suplemen tambahan masih lagi diperlukan dan disyorkan.
Di samping itu, sesetengah kajian menyarankan paras DHA yang mencukupi dalam diet seorang ibu yang baru melahirkan anak, mungkin memainkan peranan dalam membantu mewujudkan keafiatan dan kesejahteraan emosi ibu tersebut selepas melahirkan anak.

Comments

  1. Saya beri anak saya Omega Guard utk memastikn keperluan DHA yg mencukupi... kesannya amat memberangsangkn... utk keterangan lanjut jom lawat blog saya.. http://mylilsupplementshoppe.blogspot.com/ =)

    ReplyDelete
  2. Saya sangat setuju dengan info yang awak sharekan di sini, saya juga telah amalkan mengambil kapsul OMEGA GUARD sejak menyusu anak yang pertama. hasilnya sangat hebat, anak saya bukan saja cepat belajar perkara baru, cepat ingat, tetapi juga bebas athma. Jika berminat nak dapatkan supplemen ini, boleh kunjungi blog saya http://badansihatidamanhotsupermummy.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PIRAMID MAKANAN BAYI

KENAPA BAYI TIDUR LAMA