Posts

Showing posts from 2011

MASA MASA PERALIHAN BABY

Sebagai Ibu dan Bapa yang perihatin kita akan cuba untuk memberi layan yang terbaik untuk setiap bayi yang dilahirkan. Dalam masa yang sama Ilmu untuk pendidikan terhadap bayi perlulah diketahui serba sedikit untuk membantu mereka dalam proses membesarkan anak-anak mereka. Antara Ilmu yang perlu ada adalah seperti bagaimana bayi kita berlaku peralihan dari satu perkara ke pada satu perkara. Di sini saya hanya ingin menyentuh berkenaan fizikal bayi dan bukan dari segi pemakanan bayi. Bayi pada umur 3 hingga 4 Bulan - Bayi akan cuba untuk menukar posisi mereka daripada keadaan melentang kepada keadaan meniarap. 4 hingga 5 Bulan - Bayi akan cuba untuk bergerak kehadapan atau kebelakang. Sesetengah bayi ianya akan bergerak kehadapan dan ada pula yang bergerak kebelakang pada permulaannya. Proses pembelajaran bayi ketika ini adalah untuk menggerakkan kaki mereka dan bagi mana mengawal pergerakan kaki mereka. 6 hingga 8 Bulan - Bayi akan cuba untuk merangkak dan ianya bergantung kepad

BAYI DEMAM

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang sulung dan kali mengalami demam mungkin akan merasa gelisah. Tambahan pula ada setengah istilah yang mengatakan demam malam yang mana suhu badan anak akan meningkat pada waktu malam dan ini akan membuatkan bayi tidak selesa dan menangis tidak tentu punca dan sebabnya. Demam boleh adalah disebabkan sistem kekebalan tubuh bayi sedang memerangi infeksi ketika bayi menjadi sakit karena adanya virus atau bakteria, tubuhnya merespon dengan meningkatkan suhu badannya. Untuk bayi yamg mencapai usia 3 bulan kita dapat mengesan dan perlu berjumpa dengan doktor apabila: • bayi andaa memiliki suhu badan lebih tinggi dari 38 darjah Celcius. • bayi anda pucat atau lesu, atau tidak memiliki nafsu makan, atau dengan perilaku dan keadaan yang mengkhawatirkan anda. Bagaimana caranya supaya bayi anda lebih selesa • Untuk menurunkan panas suhu badannya, lap atau sapu dengan air hangat-hangat kuku untuk sekitar lima sampai sepuluh menit. Ini akan mengura

RAWATAN SELSEMA KEPADA BAYI

      Masalah selsema kepada bayi akan menjadi kebimbangan kepada ibu dan bapa bayi tersebut. Pelbagai cara dan rawatan yang boleh digunakan untuk menghilang masalah selsema kepada bayi sama ada dengan cara tradisional ataupun secara moden. Bagi rawatan klinikal, pihak hospital atau klinik akan menggunakan cara menyedut atau memberi ubat titisan yang mana perlu dititis dalam hidung bayi. Ubat titisan tersebut tidak baik diamalkan dalam kuantiti yang kerap. Ada setengah dikalangan ibu bapa tidak sanggup melihat anak mereka dalam keadaan selsema dan mereka akan cuba menyedut selsema dari hidung anak kedalam mulut dan kemudian diludahkan keluar. Ianya adalah cara mudah dan berkesan mengantikan cara menyedut yang digunakan dalam perubatan moden hari ini. Tetapi tidak semua ibubapa dapat berbuat sedemikian rupa. Bagi yang tidak dapat untuk berbuat demikian dimana menyedut selsema bayi dengan mulut, mereka bolehlah menggunakan cara tradisional.       Caranya adalah seperti berikut; Ambil dau

PEMAKANAN BAYI (6 BULAN KEBAWAH)

Penjagaan cara pemakanan dan waktu makan bayi adalah penting diketahui oleh semua bakal atau yang sudah bergelar ibu. Pemakanan yang tidak mengikut cara dan waktu pemakanan yang sebenar boleh menyebabkan gizi yang tidak seimbang. Mengikut kajian pemakanan, makanan yang paling sempurna pada bayi adalah susu semata kepada bayi yang berumur dibawah 6 bulan dimana ianya mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi. Kepentingan susu ibu dapat dihuraikan seperti dibawah: Mengandungi zat makanan vitamin yang mencukupi mengikut keperluan bayi. Mudah dihadam dan digunakan dengan berkesan Melindungi bayi dari penyakit Mengandungi antibodi dan bahan-bahan pelindung penyakit Mengandungi faktor tumbesaran yang sempurna Tiada pencemaran Mengandungi enzim Zat dan kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan bayi. Bagi Jadual Pemakanan bayi yang kurang daripada 6 bulan, biasanya bayi akan disusukan dalam masa 2 jam sekali (bagaimanapun ianya bergantung kepada kehendak bayi). Sekiranya bayi yang

JUANDIS (KUNING)

Penyakit Juandis atau dengan kata lain ianya lebih di kenali sebagai penyakit kuning bagi masyakat Malaysia hari ini. Penyakit ini banyak menyerang kanak-kanak yang baru dilahirkan dimana Penyakit ini dapat diperhatikan apabila kelihatan kekuning-kuningan pada kulit dan sclera (bahagian putih mata). Penyakit ini adalah disebabkan tahap bilirubin yang tinggi dalam darah dan sekiranya bilirubin dalam darah terlalu tinggi warna kulit akan cenderung kepada warna coklat. Terdapat beberapa mekanisme yang terlibat dalam penyakit kuning ialah: 1. Kenaikan beban bilirubin dalam sel hati:       Peningkatan sel darah merah (RBC) kelantangan       Peningkatan bilirubin yang dilabel       Peningkatan peredaran bilirubin dalam hati       Penurunan ketahanan RBC 2. Cacat hati bilirubin dari plasma darah:       Penurunan ligadin (Y protein)       Peningkatan mengikat Y protein oleh anion lain       Penurunan serapan hati khususnya pada tahap dua 3. Cacat bilirubin konjugasi:       Penu

Cara Sambut Kelahiran Dalam Islam

Di sini saya ingin berkongsi cara menyambut kelahiran bayi secara Islam. Sesetengah orang tidak tahu atau kekadang lupa bagaimana atau cara menyambut bayi yang dilahirkan secara Islam. Disini saya huraikan supaya dapat menjadi panduan kepada umat Islam. 1. Anak yang dilahirkan di Azankan atau Di Iqamahkan Bapa atau waris kepada bayi yang dilahirkan hendaklah mengazankan (bayi lelaki) atau mengiqamahkan (bayi perempuan) mengikut arah kiblat. Mengazan atau mengiqamah ke arah kiblat adalah disunatkan dalam Islam. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda : Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.” Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. 2. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas. Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas. Cara ini adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T supaya anak yang dila