Cara Sambut Kelahiran Dalam Islam

Di sini saya ingin berkongsi cara menyambut kelahiran bayi secara Islam. Sesetengah orang tidak tahu atau kekadang lupa bagaimana atau cara menyambut bayi yang dilahirkan secara Islam. Disini saya huraikan supaya dapat menjadi panduan kepada umat Islam.

1. Anak yang dilahirkan di Azankan atau Di Iqamahkan
Bapa atau waris kepada bayi yang dilahirkan hendaklah mengazankan (bayi lelaki) atau mengiqamahkan (bayi perempuan) mengikut arah kiblat. Mengazan atau mengiqamah ke arah kiblat adalah disunatkan dalam Islam. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda : Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.” Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

2. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas. Cara ini adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauhkan dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

3. Menanam uri
Menanam uri adalah pekara yang penting dan perlu diambil berat. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Sekarang kalau kita lahirkan anak di hospital, kebanyakan pihak pengurusan hospital akan memberi nota bagaimana cara untuk menanam uri. Uri akan dicuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam.


4. Memberi nama yang baik maksudnya
Nama adalah penting bagi seseorang bayi, Ibu dan bapa haruslah memberi nama yang terbaik kepada anak-anaknya.


5. Cukur rambut
Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari. Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin. Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).

6. Aqiqah
Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari. Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”. Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban) atau dari erti kata lain anak laki sebanyak dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.

Comments

Popular posts from this blog

PIRAMID MAKANAN BAYI

KENAPA BAYI TIDUR LAMA

KEPERLUAN DHA