Posts

Showing posts from January, 2011

PEMAKANAN BAYI (6 BULAN KEBAWAH)

Penjagaan cara pemakanan dan waktu makan bayi adalah penting diketahui oleh semua bakal atau yang sudah bergelar ibu. Pemakanan yang tidak mengikut cara dan waktu pemakanan yang sebenar boleh menyebabkan gizi yang tidak seimbang. Mengikut kajian pemakanan, makanan yang paling sempurna pada bayi adalah susu semata kepada bayi yang berumur dibawah 6 bulan dimana ianya mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi. Kepentingan susu ibu dapat dihuraikan seperti dibawah: Mengandungi zat makanan vitamin yang mencukupi mengikut keperluan bayi. Mudah dihadam dan digunakan dengan berkesan Melindungi bayi dari penyakit Mengandungi antibodi dan bahan-bahan pelindung penyakit Mengandungi faktor tumbesaran yang sempurna Tiada pencemaran Mengandungi enzim Zat dan kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan bayi. Bagi Jadual Pemakanan bayi yang kurang daripada 6 bulan, biasanya bayi akan disusukan dalam masa 2 jam sekali (bagaimanapun ianya bergantung kepada kehendak bayi). Sekiranya bayi yang

JUANDIS (KUNING)

Penyakit Juandis atau dengan kata lain ianya lebih di kenali sebagai penyakit kuning bagi masyakat Malaysia hari ini. Penyakit ini banyak menyerang kanak-kanak yang baru dilahirkan dimana Penyakit ini dapat diperhatikan apabila kelihatan kekuning-kuningan pada kulit dan sclera (bahagian putih mata). Penyakit ini adalah disebabkan tahap bilirubin yang tinggi dalam darah dan sekiranya bilirubin dalam darah terlalu tinggi warna kulit akan cenderung kepada warna coklat. Terdapat beberapa mekanisme yang terlibat dalam penyakit kuning ialah: 1. Kenaikan beban bilirubin dalam sel hati:       Peningkatan sel darah merah (RBC) kelantangan       Peningkatan bilirubin yang dilabel       Peningkatan peredaran bilirubin dalam hati       Penurunan ketahanan RBC 2. Cacat hati bilirubin dari plasma darah:       Penurunan ligadin (Y protein)       Peningkatan mengikat Y protein oleh anion lain       Penurunan serapan hati khususnya pada tahap dua 3. Cacat bilirubin konjugasi:       Penu

Cara Sambut Kelahiran Dalam Islam

Di sini saya ingin berkongsi cara menyambut kelahiran bayi secara Islam. Sesetengah orang tidak tahu atau kekadang lupa bagaimana atau cara menyambut bayi yang dilahirkan secara Islam. Disini saya huraikan supaya dapat menjadi panduan kepada umat Islam. 1. Anak yang dilahirkan di Azankan atau Di Iqamahkan Bapa atau waris kepada bayi yang dilahirkan hendaklah mengazankan (bayi lelaki) atau mengiqamahkan (bayi perempuan) mengikut arah kiblat. Mengazan atau mengiqamah ke arah kiblat adalah disunatkan dalam Islam. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda : Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.” Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. 2. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas. Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas. Cara ini adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T supaya anak yang dila