RAWATAN SELSEMA KEPADA BAYI
Masalah selsema kepada bayi akan menjadi kebimbangan kepada ibu dan bapa bayi tersebut. Pelbagai cara dan rawatan yang boleh digunakan untuk menghilang masalah selsema kepada bayi sama ada dengan cara tradisional ataupun secara moden. Bagi rawatan klinikal, pihak hospital atau klinik akan menggunakan cara menyedut atau memberi ubat titisan yang mana perlu dititis dalam hidung bayi. Ubat titisan tersebut tidak baik diamalkan dalam kuantiti yang kerap. Ada setengah dikalangan ibu bapa tidak sanggup melihat anak mereka dalam keadaan selsema dan mereka akan cuba menyedut selsema dari hidung anak kedalam mulut dan kemudian diludahkan keluar. Ianya adalah cara mudah dan berkesan mengantikan cara menyedut yang digunakan dalam perubatan moden hari ini. Tetapi tidak semua ibubapa dapat berbuat sedemikian rupa. Bagi yang tidak dapat untuk berbuat demikian dimana menyedut selsema bayi dengan mulut, mereka bolehlah menggunakan cara tradisional.
Caranya adalah seperti berikut;
- Ambil daun sireh-Kalau yang baru di petik lagi bagus
- Kemudian lumatkan daun tersebut untuk mendapat lendir dari daun sireh tersebut
- Ambil lendir tersebut dan sapu pada batang hidung bayi.
Comments
Post a Comment