ULSER MULUT

Apa itu Ulser Mulut

Ulser Mulut adalah luka di dalam kawasan lembut di dalam mulut. Ulser boleh dilihat dimana ianya adalah tompokan warna putih atau kekuningan. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali,ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan,2 hingga 5 tompok. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi.

Simpton-Simpton

Apabila Ulser terjadi, ianya akan menyebabkan sakit apabila hendak minum atau makan (bagi bayi atau kanak-kanak yang menyusu ianya tidak dapat menyusu) dan kekadang rasa malas untuk bertutur. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari.

Mengapa Ulser Mulut Boleh Terjadi?
  • Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
  • Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.
  • Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
  • Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.
  • Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.
  • Sistem imuniti badan yang lemah
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimioterapi
  • Sebab-sebab yang tidak diketahui.
 Kaedah Menangani Ulser Mulut

Jika anak atau anda kerap mengalami ulser,amalkan, Penjagaan kesihatan mulut yang baik seperti:

  • Pemeriksaan gigi berkala
  • Gigi yang bersih
  • Amalkan makan secara sihat
  • Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.
 Petua Merawat Ulser Di Mulut

 Gunakan pencuci antiseptik mulut
  • Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air

Comments

Popular posts from this blog

PIRAMID MAKANAN BAYI

KENAPA BAYI TIDUR LAMA

MASA MASA PERALIHAN BABY