PEMAKANAN BAYI (6 BULAN KEBAWAH)
Penjagaan cara pemakanan dan waktu makan bayi adalah penting diketahui oleh semua bakal atau yang sudah bergelar ibu. Pemakanan yang tidak mengikut cara dan waktu pemakanan yang sebenar boleh menyebabkan gizi yang tidak seimbang. Mengikut kajian pemakanan, makanan yang paling sempurna pada bayi adalah susu semata kepada bayi yang berumur dibawah 6 bulan dimana ianya mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi. Kepentingan susu ibu dapat dihuraikan seperti dibawah: Mengandungi zat makanan vitamin yang mencukupi mengikut keperluan bayi. Mudah dihadam dan digunakan dengan berkesan Melindungi bayi dari penyakit Mengandungi antibodi dan bahan-bahan pelindung penyakit Mengandungi faktor tumbesaran yang sempurna Tiada pencemaran Mengandungi enzim Zat dan kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan bayi. Bagi Jadual Pemakanan bayi yang kurang daripada 6 bulan, biasanya bayi akan disusukan dalam masa 2 jam sekali (bagaimanapun ianya bergantung kepada kehendak bayi). Sekiranya bayi yang...