BAYI DEMAM CAMPAK

Demam Campak (measles) merupakan antara penyakit berbahaya semasa diperingkat kanak-kanak. Kebanyakan kes demam campak berlaku kepada kepada kanak-kanak dibawah umur satu tahun kerana mereka belum menerima pelalian demam campak.

Demam Campak merupakan sejenis penyakit berjangkit dan menyebabkan
✅ Demam panas
✅ Ruam merah kecil
✅ Selesema dan hidung berair.
✅ Batuk
✅ Mata merah berair

Demam campak boleh menyebabkan kompilasi berikut:

▶️ Pneumonia
▶️ Jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak.
▶️ Mata merah, bengkak dengan lelehan berair atau nanah.
▶️ Radang otak
▶️ Kematian

Golongan berisiko
▶️ Bayi berumur kurang setahun
▶️ Kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi
▶️ sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat demam campak atau tidak pernah mendapat pelalian demam campak.

Rawatan
✅ Tiada rawatan khas bagi demam campak.
✅ kompikasi boleh dielakkan jika demam campak dikenalpasti dengan segera.
✅ Bawa anak anda ke klinik kesihatan atau hospital dengan berdekatan dengan segera juka disyaki dijangkiti.

Comments

Popular posts from this blog

PIRAMID MAKANAN BAYI

KENAPA BAYI TIDUR LAMA

MASA MASA PERALIHAN BABY