Posts

Showing posts from March, 2012

ULSER MULUT

Apa itu Ulser Mulut Ulser Mulut adalah luka di dalam kawasan lembut di dalam mulut. Ulser boleh dilihat dimana ianya adalah tompokan warna putih atau kekuningan. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali,ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan,2 hingga 5 tompok. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi. Simpton-Simpton Apabila Ulser terjadi, ianya akan menyebabkan sakit apabila hendak minum atau makan (bagi bayi atau kanak-kanak yang menyusu ianya tidak dapat menyusu) dan kekadang rasa malas untuk bertutur. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. Mengapa Ulser Mulut Boleh Terjadi? Jangkitan bakteria, virus atau fungus. Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik. Pengam

KEPERLUAN DHA

Adakah kita tahu apa itu DHA DHA atau nama penuhnya asid dokosaheksaenoik mana ianya penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dalam rahim ibu. DHA ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Bila Perlunya DHA Bayi memerlukan DHA sejak dari rahim ibu lagi. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantung kepada jumlah DHA yang diambil ibunya.Tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam kebanyakan vitamin pra-lahir yang mereka ambil. Manfaat Kepada Bayi dan Kanak-kanak Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka. Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu (susu ibu), dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin

PIRAMID MAKANAN BAYI

Image
Adakah anda mementingkan pemakanan yang seimbang kepada bayi anda? Adakah anda tahu apa itu piramid pemakanan? Disini saya huraikan serba ringkas berkenaan dengan piramid pemakan untuk bayi anda. Piramid makanan merupakan susunan makan keperluan yang diperlukan dengan kuantiti banyak adalah pada susunan dibahagian bawah dan sedikit pada susunan yang teratas. Ianya adalah bagi mencapai gizi yang seimbang dan membentuk perkembangan mental bayi dengan baik dimana otak dan sistem saraf anak anda memerlukan nutrien mencukupi untuk berfungsi secara optimum. Disini di terangkan secara ringkas susunan piramid permakanan untuk bayi anda; Diharap dengan gambaran yang telah diberikan ini dapatlah serba sedikit membantu ibu-ibu dan bapa-bapa untuk memberikan makanan yang seimbang kepada bayi anda.